Taklimat Advoaksi Klik Dengan Bijak Bersama Pejabat Pendidikan Daerah

06 April 2018 | Aktiviti Terkini

Taklimat Klik Dengan Bijak ini dijalankan selama tiga jam di Dewan Arif Budiman, Taiping. Peserta terdiri daripada guru besar dan guru bimbingan sekolah-sekolah di dalam daerah Larut Matang dan Selama. Taklimat ini dijalankan sesuai dengan NBOS yang telah dijalankan oleh pihak MCMC dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN).

Tujuan taklimat ini dijalankan adalah memberi pendedahan awal kepada guru untuk membimbing pelajar mereka dalam penggunaan internet secara berhemah. Fasa kedua iaitu taklimat KDB kepada para pelajar daripada 20 sekolah dari daerah ini akan dijalankan pada masa terdekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali