Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

16 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Siti Nur Aisyah merupakan ahli PEDi Changkat Jering yang kerap mengunjungi PEDi bagi menyiapkan kerja kursus beliau. Pada kali ini, beliau dikehendaki menyiapkan kertas kerja rancangan perniagaan bagi memenuhi pemarkahan subjek perniagaan untuk semester 3 STPM.

Beliau dikehendaki melengkapkan kerja kursus ini menggunakan perisian Microsoft Word. Banyak elemen yang perlu digunakan di dalam kertas kerja ini. Di antaranya adalah seperti memasukkan table, mentransformasi maklumat kepada carta, merekabentuk layout kedai dan sebagainya.

Dengan kemahiran yang dimiliki oleh staff PEDi, kami sedikit sebanyak membantu beliau untuk memastikan kertas kerja yang dihasilkan adalah menepati piawaian atau syarat yang diberikan oleh guru beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali