Kelas Canva Resume

15 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Encik Junaidi Bin Junaidin merupakan ahli PEDi Changkat Jering yang aktif kerana beliau sering berkunjung ke PEDi menggunakan kemudahan di sini bagi menyiapkan tugas seharian beliau. Beliau juga turut hadir ke PEDi untuk menduduki beberapa peperiksaan dan temuduga bagi memohon pekerjaan.

Beliau meminta kepada kami untuk mempelajari cara untuk menghasilkan resume bagi memohon pekerjaan. Kami telah memilih untuk menggunakan aplikasi Canva bagi memberi tunjuk ajar kepada beliau untuk menghasilkan resume yang dikehendaki.

Penggunaan Canva sedikit sebanyak memudahkan beliau untuk menghasilkan resume sendiri kerana antaramuka yang digunakan oleh Canva sangat ringkas. Jadi, Encik Junaidi berjaya menghasilkan resume seperti yang dikehendaki dan terus memohon pekerjaan yang beliau ingini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali