Advokasi Pengantunan Dalam Talian & Alam Nyata

25 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Changkat Jering telah mengadakan Program KDB menggunakan platform sosial media Google Meet. Topik kali ini adalah mengenai ‘Pengantunan Dalam Talian dan Alam Nyata’ dalam kanak-kanak.

Panel memberi penerangan, nasihat serta panduan kepada kanak-kanak dan ibu bapa sebagai penjaga untuk memastikan anak-anak mereka menggunakan internet dengan cara yang selamat dari terjebakl dengan unsur-unsur tidak sihat yang semakin berleluasa.

Selain itu, panel memberi perkongsian kepada anak-anak mereka di dalam pengantunan di alam nyata tentang bahaya dalam pergaulan, sentuhan atau didekati orang yang ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik kepada diri mereka, Jadi panel memberi kesedaran untuk kanak-kanak membuat tindakan yang sepatutnya demi untuk pertahanan diri sendiri.

Diharap perkongsian ini dapat membantu kanak-kanak serta memberi kesedaran kepada ibu bapa di dalam pengantunan dalam talian mahupun alam nyata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali