Kelas Asas Shopee (Usahawan) Sempena Jelajah BSKM Perak

8 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Shopee di anjurkan dengan kerjasama dan penglibatan semua PIK di bawah daerah Larut Matang Selama. PIK Changkat Jering telah menjadi panel untuk mengajar secara atas talian menggunakan Google Meet bagi peniaga baru serta usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee dengan bertujuan untuk mengembangkan perniagaan secara lebih meluas serta menarik lebih ramai pelanggan untuk menambah pendapatan sedia ada.

Program disertai seramai 20 orang ahli peniaga baru termasuk usahawan sedia ada yang betul berminat memasarkan perniagaan secara atas talian. Pembelajaran bermula dari mendaftar akaun Shopee, cara untuk memasukkan dan memasarkan produk serta menggunakan platform Shopee bagi memulakan perniagaan. Di samping itu, para peniaga mempelajari kriteria-kriteria penjual pilihan bagi menambah baik prestasi kedai shopee beliau.

Kelas berlansung selama 3 jam dan diakhiri ucapan penutup oleh YB Khairul Shahril Mohamed.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali