Kelas Membuat Slide Perniagaan

8 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Siti Nur Aishah Binti Abdul Khamis merupakan ahli PEDi Changkat Jering sejak 3 tahun lalu. Beliau sering datang ke PEDi kerana di rumah beliau mempunyai masalah rangkaian untuk mendapatkan bahan dan rujukan dari internet. Oleh itu PEDi Changkat Jering merupakan tempat beliau untuk datang belajar dan menggunakan kemudahan yang sedia ada. Kali ini beliau datang untuk mempelajari dari kakitangan PEDi untuk menghasilkan slide perniagaan yang menarik untuk beliau membentangkannya di sekolah. Pihak PEDi telah mengajar adik Aishah menggunakan Microsoft Powerpoint untuk beliau membuat slide perniagaannya dengan cara penggunaan yang betul serta memberi pandangan untuk slide perniagaan beliau nampak lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali