Kelas Google Meet

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Siti Nur Aliana Binti Abd Hamid dan Nurul Fatihah binti Ahmad Nazri merupakan pelajar Tingkatan 5 di SMK Tengku Menteri. Mereka merupakan ahli pusat internet yang kerap mengunjungi pusat internet bagi menyelesaikan tugasan sekolah masing-masing. Kali ini mereka datang ke pusat internet untuk menjalankan kelas pembelajaran bagi matapelajaran Kimia menggunakan platform Google Meet. Di sini, mereka dibantu oleh staf pusat internet untuk memastikan kelas online mereka berjalan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali