Kelas Google Site

3 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Muhammad Syahmi Bin Ahmad Omar Faizul merupakan seorang ahli pusat internet sejak awal penubuhan pusat internet. Beliau kerap datang ke pusat internet bagi menjalani pelbagai Latihan ICT dan usahawan. Kali ini, beliau diberi pendedahan mengenai cara untuk membina laman web menggunakan Google Site. Dengan memperkenalkan perniagaan kecil-kecilan yang baru dijalankan, beliau telah membina sebuah laman web bagi memudahkan pelanggan beliau melihat dan membeli produk yang dipamerkan.

Berikut merupakan laman web yang telah di hasilkan.

Melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh staf pusat internet, kini beliau mempunyai laman web sendiri bagi memperkembangkan lagi perniagaannya dengan lebih meluas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali