ADVOKASI Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)

22 November 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Changkat Jering telah mengadakan Program KDB menggunakan platform sosial media facebook page secara lansung. Topik kali ini adalah mengenai ‘Maklumat Palsu’. Program dijalankan dengan kerjasama diantara PIK Changkat Jering dan PIK Kubu Gajah. Para Panel memberi penerangan mengenai maklumat palsu, jenis-jenis maklumat palsu, kesan penyebaran maklumat palsu, nasihat serta panduan kepada penonton untuk mendapatkan pengesahan serta bukti dahulu sebelum menyebarkan maklumat untuk mengelak diri dari menyebarkan maklumat palsu. Selain itu, para panel juga memberi perkongsian kepada penonton mengenai akta jenayah jika menyebarkan maklumat palsu. Diharap perkongsian ini dapat membantu masyarakat serta memberi kesedaran kepada masyarakat di dalam penyebaran maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali