Webinar Pupuk@Shopee – Uni Asas & Pertengahan

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos dan 14 Ogos 2021, Pupuk@Shopee telah mengadakan webinar bagi ‘Asas Mulakan Bisnes e-Dagang Anda Bersama Shopee’ dan ‘Pertengahan - Petua Pemasaran Untuk Kedai Shopee Anda’ kepada semua usahawan pusat internet komuniti. Webinar ini bertujuan untuk memberi latihan kepada usahawan dalam menjalankan perniagaan secara e-dagang menggunakan platform Shopee. Selain itu, beberapa teknik pemasaran telah dikongsi kepada usahawan bagi meningkatkan hasil jualan mereka di dalam Shopee. Beberapa petua telah diberikan kepada usahawan untuk digunapakai dalam menjalankan perniagaan mereka. Kursus ini dijalankan secara online dan dihadiri oleh usahawan samada di pusat internet atau di rumah masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali