Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2021, pihak SSM telah mengadakan taklimat mengenai pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan B40 dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. Susulan dari taklimat tersebut, PEDi Changkat Jering telah menerima beberapa permintaan daripada ahli-ahli yang berkelayakan untuk membantu mereka dalam mendaftarkan perniagaan masing-masing. Puan Izawai Binti Ismail merupakan salah seorang ahli yang mendaftarkan perniagaan mereka melalui SPPP ini. Justeru itu, pihak kami telah membantu beliau untuk mendaftarkan perniagaannya dari awal sehingga selesai. Kini, Pn. Izawati mempunyai sijil perniagaannya sendiri untuk meneruskan serta meningkatkan jualannya kepada orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali