Sembang Santai PIK Dengan Kerjasama PIK Pekan Kubu Gajah – Keselamatan Penggunaan Internet Dalam Kalangan Kanak-Kanak

23 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Changkat Jering telah mengadakan kerjasama dengan PIK Pekan Kubu Gajah dalam melaksanakan Program Sembang Santai Bersama PIK menggunakan platform sosial media Facebook Live. Topik kali ini adalah mengenai keselamatan penggunaan internet dalam kanak-kanak. Kupasan dari ahli-ahli panel sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan cadangan kepada komuniti untuk memastikan anak-anak mereka menggunakan internet dengan cara yang selamat. Banyak perkongsian juga dari komuniti dalam permasalahan anak-anak mereka di dalam penggunaan internet yang kini semakin meluas apatah lagi anak-anak kini dalam sesi PDPR. Diharap perkongsian ini dapat membantu komuniti di dalam menghadkan penggunaan internet dalam kanak-kanak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali