Kelas Asas Membuka Akaun Shopee (Usahawan)

19 September 2021 | Aktiviti Terkini

Shafinah Binti Abd Aziz merupakan ahli pusat internet yang merupakan usahawan baru yang berminat untuk membuka akaun shopee bagi menjalankan perniagaan secara atas talian dengan tujuan menarik lebih ramai pelanggan serta menambah pendapatan sediada. Beliau telah diberi tunjuk ajar dalam cara untuk memasukkan dan memasarkan produk serta cara menggunakan platform Shopee bagi memulakan perniagaannya. Beliau juga mempelajari kriteria-kriteria penjual pilihan bagi menambah baik prestasi kedai shopee beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali