Pendaftaran Email & SPA9

15 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Changkat Jering telah didatangi seorang pelanggan yang bernama Asmidar Bt Wahab. Beliau telah meminta tunjuk ajar dari staff PEDi bagi membantu beliau untuk membuat email serta mengisi maklumat di dalam sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) bagi mengisi kekosongan jawatan kerajaan yang dibuka sekarang.

Pertama sekali, staff PEDi telah membantu Asmidar untuk membuat email dahulu dengan mengisi butiran yang diperlukan. Setelah berjaya, beliau meneruskan dengan pendaftaran sistem pekerjaan SPA9. Beliau telah mengisi butiran-butiran peribadi yang dipinta sehingga selesai, dan akhir sekali beliau terus memohon jawatan kosong yang diiklankan mengikut taraf kelayakan akademik beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali