Kelas Shopee bagi Usahawan PEDi

13 September 2022 | Aktiviti Terkini

Staff PEDi Changkat Jering telah membantu Usahawan PEDi di dalam penerangan mengenai penggunaan Aplikasi Shopee di dalam telefon pintar milik beliau. Pada sebelum ini beliau telah mengikuti kelas shopee dengan paparan desktop site menggunakan komputer di PEDi.

Kelas Shopee secara santai kali ini kepada usahawan dengan memberi tunjuk ajar dalam cara untuk menyediakan kedai di Shopee, memasukkan dan memasarkan produk serta cara menggunakan platform Shopee hanya melalui telefon pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali