Kelas Asas Akaun

26 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Adik Ainin Sofiya merupakan ahli baru yang mendaftar di PEDi Changkat Jering. Beliau merupakan seorang pelajar di SMK Tengku Menteri. Beliau telah datang ke PEDi Changkat Jering untuk belajar mengenai asas Akaun menggunakan WPS Office bagi mempelajari serta menambah ilmu untuk dipraktikkan. Ini kerana sistem pembelajaran masa kini di sekolah tidak lagi hanya dilakukan secara manual di atas kertas.

Pembelajaran berjalan selama 6 jam, dan akhirnya adik Ainin telah berjaya menggunakan mempelajari serta menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali