Pendaftaran Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

22 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Feb 2022, PEDi Changkat Jering membantu ahli PEDi dalam membuat pendaftaran permohonan kebenaran berkahwin secara online melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Nazurah Binti Ghazali merupakan ahli PEDi yang sering berkunjung untuk menggunakan perkhidmatan di sini dan pada kali ini beliau meminta staff PEDi untuk membantu beliau mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin.

Pengalaman yang ada pada staff PEDi sedikit sebanyak dapat membantu Nazurah di dalam mengisi borang tersebut. Beliau kini boleh meneruskan permohonan tersebut ke proses seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali