Kelas Asas Membuka Akaun Shopee (Usahawan)

9 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

En. Tan Cheng Wai merupakan usahawan komuniti di sekitar PEDi Changkat Jering. Beliau mengusahakan perniagaan peralatan rumah di salah satu premis. Perniagaan beliau mendapat sambutan oleh itu beliau berminat untuk membuka akaun shopee bagi menjalankan perniagaan secara atas talian pula dengan tujuan menarik lebih ramai pelanggan serta menambah pendapatan sediada.

Pertama sekali, beliau telah diberi penerangan terlebih dahulu berikutan diatas factor umur serta beliau tidak tahu lansung bagaimana urusan jual beli di Shopee dilakukan. Seterusnya, staff PEDi memberi tunjuk ajar dalam cara untuk memasukkan dan memasarkan produk serta cara menggunakan platform Shopee bagi memulakan perniagaannya. Beliau juga mempelajari kriteria-kriteria penjual pilihan bagi menambah baik prestasi kedai shopee beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali