Bengkel Asas Canva

15 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

PEDi Changkat Jering telah mengadakan Bengkel Asas Canva. Seramai 12 peserta telah menghadiri bengkel tersebut untuk mempelajari mengenai Canva. Tenaga pengajar telah dijemput iaitu En. Darul Ridzuan merupakan seorang guru daripada Sek. Ren. Islam Al-Ehya Asshariff.

Bengkel Canva dimulakan dengan mendaftar akaun Canva, pengenalan Canva serta mempelajari cara menggunakan Canva. En Darul telah mengajar cara untuk mencipta logo perniagaan, business card dan juga video pendek untuk mempromosi perniagaan. Para peserta yang menghadiri bengkel telah diberikan tugasan oleh En. Darul untuk menghasilkan sendiri hasil daripada penerangan serta tunjuk ajar yang telah diberikan. Akhir sekali, kesemua peserta telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan menggunakan Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali