Tuisyen Online

7 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Adik Raja Nurul Asyiqin Bt Raja Putra dan adik Nurul Ain Syazwana Bt Noor Azlan merupakan merupakan pelajar dari SMK Tengku Menteri dalam masa yang sama mereka juga adalah ahli PEDi Changkat Jering.

Pada 6 Januari 2023 (Jumaat) mereka telah datang ke PEDi Changkat Jering untuk mengikuti Tuisyen Online. Pihak PEDi telah membantu pelajar untuk menggunakan aplikasi serta membimbing pelajar untuk mengikuti tuisyen online tersebut menggunakan kemudahan komputer di PEDi, dimana sebelum ini mereka hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali