Jelajah Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak 2023 Daerah Larut Matang & Selama

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Perasmian program oleh YB Puan Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak. Turut hadir bersama YDP Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir, YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak Tuan Mohamad Rozlan Mohamad Razalli, Tuan Mustaffa Aliman CADO Pejabat Daerah Larut Matang & Selama, En Mohd Zaid Zulkifli, Pengurus Besar Korporat dan Sosial SADC, ketua- ketua Jabatan dan Agensi Persekutan dan Negeri, bank dan pemimpin masyarakar juga wakil syarikat korporat di Daerah Larut Matang dan Selama

Turut diadakan sesi penyerahan pelabagai bantuan geran, pinjaman dan insentif oleh pelbagai agensi dan bank seperti STeP, TEKUN, MARA, AIM, Yayasan Perak, Agrobank, SADC dan lain-lain. Program dimeriahkan dengan Jualan Madani Koperasi dan Usahawan oleh Suruhanjaya Koperasi Negeri Perak, Kedai Bergerak Negeri Perak YBUDR, SADC, LKIM dan lain-lain agensi. Walaupun cuaca yang panas namun tidak menghalang lebih 10,000 pengunjung hadir mengunjungi program di Daerah Larut Matang & Selama pada hari ini sejak awal pagi.

Majoriti 60 booth jualan usahawan telah kehabisan produk jualan seawal jam 2.00 petang manakala kehadiran usahawan di 40 booth agensj yang cukup ramai sehingga petang. Terima kasih semua pihak terutama Pegawai Daerah Pejabat Daerah Larut Matang & Selama dan kakitangan, YDP Majlis Perbandaran Taiping dan kakitangan, SADC, SKM Perak, FAMA Negeri PERAK, semua jabatan dan agensi terlibat, Persatuan Penjaja, Peniaga Kecil Melayu Daerah LMS, para penaja Maybank, Bank Islam, Kolej Komuniti Tapah, NCER, Yayasan Perak, CELCOMDigi, Telekom Malaysia dan lain-lain. Semoga program ini memberi manfaat kepada masyarakat usahawan Daerah Larut Matang dan Selama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali