Jom Ambil Lesen

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai (Ahad) pihak Sepakat Driving Centre telah mengadakan perkhidmatan kaunter untuk program ‘Jom Ambil Lesen’ yang bertempatkan di PEDi Changkat Jering. Program telah bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada para komuniti sekitar, golongan buta huruf, lembam serta warga emas untuk mendapatkan harga lebih rendah dari harga semasa. Kempen ini juga turut membantu peserta bagi yang 3 kali gagal komputer, akan dibantu sehingga lulus. Selain itu juga, kemudahan pengangkutan juga turut disediakan untuk komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali