Perkhidmatan Kaunter Bergerak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

16 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2023 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menjalankan Program Perkhidmatan Kaunter Bergerak yang bertempatkan di PEDi Changkat Jering. Program telah berlangsung selama 4 jam, bermula jam 10.00 pagi sehingga 2 petang dan seramai 33 orang usahawan yang hadir sepanjang program berlansung. Pihak PEDi bersama staf kakitangan SSM telah membimbing komuniti untuk pendaftaran akaun EzBiz, Pendaftaran SSM, memperbaharui SSM dan mengemaskini maklumat SSM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali