Kelas Shopee

3 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Encik Mior Zulkipli merupakan salah seorang ahli PEDi yang sering datang ke PEDi untuk mendapatkan bimbingan. Pada 2 Oktober 2023 beliau telah datang ke PEDi Changkat Jering bagi mendapatkan bimbingan susulan cara membuka akaun shopee. Pihak PEDi telah membimbing beliau untuk membuka akaun shopee.

Pihak PEDi juga telah memberi tunjuk ajar dalam cara untuk menyediakan kedai di Shopee, memasukkan dan memasarkan produk serta cara menggunakan platform Shopee. Encik Mior juga mempelajari kriteria-kriteria penjual pilihan bagi menambah baik prestasi kedai shopee beliau..

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali