Pendaftaran Perniagaan SSM

13 September 2023 | Aktiviti Terkini

Puan Asma Zuraida Binti Zulkipli merupakan salah seorang usahawan sekitar Changkat Jering. Beliau telah datang ke PEDi Changkat Jering sebelum ini untuk mendapatkan bimbingan bagi proses pendaftaran perniagaan. Pada kali ini beliau datang semula untuk mendapatkan bimbingan untuk membuat semakan pendaftaran syarikat beliau tempoh hari.

Petugas PEDi telah membimbing Puan Asma Zuraida dengan menggunakan Ezbiz, menerangkan fungsi EzBiz akaun milik beliau seterusnya membuat semakan dan cetakan Sijil Syarikat yang telah didaftarkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali