Pembaharuan Sijil Perniagaan SSM

3 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Puan Zarina Bt Jauhari merupakan salah seorang usahawan sekitar Changkat Jering. Beliau telah datang ke PEDi Changkat Jering sebelum ini untuk mendapatkan bimbingan bagi proses pendaftaran perniagaan. Pada kali ini beliau datang semula untuk mendapatkan bimbingan untuk membuat semakan pendaftaran syarikat beliau tempoh hari. Petugas PEDi telah membimbing Puan Zarina dengan menggunakan Ezbiz, menerangkan fungsi EzBiz akaun milik beliau seterusnya membuat pembaharuan Sijil SSM beliau dengan membuat pembayaran secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali