Pemasaran Digital Tiktok & KDB bersama Pelajar PPKI

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11/08/2023 telah diadakan program bersama pelajar Pendidikan Khas di bawah kerjasama PASAK & Majlis Belia Daerah Kerian yang berlokasi di PEDi Gunung Semanggol. Pelajar telah diberi pendedahan tentang kaedah pemasaran Tiktok. Para pelajar telah dibimbing untuk menghasilkan content yang menarik untuk memasarkan iklan perniagaan yang bakal dijalankan. Di samping itu, penerangan serta tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak turut diberikan kepada para pelajar.

Seterusnya majlis penutup program bersama pelajar PPKI yang dirasmikan oleh Penolong PPD Kerian, Ketua Unit Pelaksana PASAK dan PK SMK Selinsing. Hasil karya daripada pelajar telah dipaparkan kepada semua jemputan dan pelajar juga turut menerima sijil serta cenderahati daripada PASAK, Majlis Belia Daerah Kerian dan PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali