Program Pemasaran Digital Wanita (e-Juwita) Negeri Perak

22 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Sept 2023 telah berlangsung Program e-Juwita bersama usahawan wanita yang dianjurkan oleh Sekretariat Pembangunan Usahawan (STEP) dan Wanita Perak. Program Pemasaran Digital Wanita (e-Juwita) diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Changkat Jering. Program ini diadakan khusus untuk mempelajari bagaimana untuk menjalankan perniagaan secara digital menggunakan platform sosial media seperti Facebook, Shopee dan TikTok.

Latihan ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar dari IGB Training & Consultancy iaitu Coach Fauzlie Ramli dan Coach Hussin. Terdapat 4 modul utama yang dipelajari pada program tersebut. Diantaranya adalah seperti Business Model Canvas, Penjenamaan & Promosi, Content Marketing dan Trademark Branding. Program ini banyak memberi ilmu dan pengetahuan baru kepada para usahawan dalam mengembangkan perniagaan yang diusahakan. Dengan kejayaan dan maklum balas yang memberangsangkan dari para usahawan, semoga Program e-Juwita 2.0 akan turut diadakan lagi pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali