Program Merdeka

28 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan Kemerdekaan ini NADI Changkat Jering telah mengadakan Program Kemerdekaan bersama dengan kanak- kanak sekitar Changkat Jering.

Antara pengisian program adalah seperti berikut:
1. Awareness Talk – Cara Penggunaan Bendera Malaysia dengan betul
2. STEM IOT – Membina replika Menara Petronas KLCC menggunakan straw & STEM Game
3. Soft Skill – Aktiviti mewarna Tanjak Merdeka
4. Merdeka Kahoot Kuiz – 15 soalan tentang Kemerdekaan
5. Tayangan Wayang Merdeka – Filem ‘Mat Kilau’

Pihak NADI Changkat Jering mengucapkan jutaan terima kasih kepada kanak-kanak yang telah menghadiri dan memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung. Pada akhir program pihak NADI memberi sedikit cenderahati kepada mereka yang hadir.

Semoga pengisian dalam program ini bermanfaat buat mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali