Pembelajaran AI Untuk Rakyat

19 April 2024 | Aktiviti Terkini

Masa: 10am – 11.30am.

Seorang penjawat awam telah datang ke NADI untuk membuat sesi pembelajaran kendiri AI Untuk Rakyat. Proses ini telah berlangsung selama satu jam setengah, dan dibantu oleh staf NADI. Hal ini kerana beliau tidak mahir menggunakan komputer. Jadi, staf NADI telah membantu beliau sehingga pembelajaran tersebut selesai dan berjaya mendapat lencana.

AI UNTUK RAKYAT.

AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ – Artificial Intelligence (AI). Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang AI kepada semua lapisan masyarakat – pelajar, ibu bapa yang tinggal di rumah, profesional dalam apa jua bidang, warga emas – pada asasnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk membelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’.

Program pembelajaran kendiri dalam talian untuk tingkatkan kesedaran tentang ‘Kecerdasan Buatan’ – Artificial Intelligence (AI).

Beri penjelasan tentang AI kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk mempelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’.

Dibahagi kepada 2 bahagian:
‘Kesedaran Al’ atau turut dikenali sebagai ‘Al Aware’
‘Hargai Al’ atau ‘Al Appreciate’.

Tersedia dalam 4 bahasa dan keseluruhan kandungannya serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik, menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan.

Sumber : MKN.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali