Pendaftaran dan Pengemaskinian Portal PADU

19 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

PEDi Changkat Jering telah dijadikan sebagai pusat pendaftaran dan pengemaskinian untuk Portal PADU. Seramai 3 orang staf daripada Jabatan Perangkaan Taiping telah hadir bagi membantu dan membimbing komuniti semasa pendaftaran dan pengemaskinian dijalankan.

Staf PEDi juga membantu staf Perangkaan menyediakan fasiliti komputer dan memastikan capaian internet yang stabil semasa program tersebut berlangsung. Seramai 7 orang daripada komuniti Changkat Jering telah hadir dan berjaya mengisi maklumat dalam Portal PADU.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali