Taklimat Safe & Shield SK Assam Kumbang Taiping, Perak

12 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pihak NADI Kampung Boyan dengan Kerjasama Pengerusi JPKK Assam Kumbang dan juga NADI di sekitar Taiping (NADI Muzium Telegraf Taiping,NADI Kamunting,Pusat Internet PPR Simpang Perdana, PEDi Changkat Jering) berkolaborasi bersama untuk hadir ke SK Assam Kumbang Taiping, Perak untuk memberikan taklimat tentang Perkhidmatan Pintar dan program NADI X Kesedaran iaitu Safe & Shield.

Program ini bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan tentang etika penggunaan internet dengan lebih selamat. Selain itu Pihak NADI turut mempromosikan Perkhidmatan Pintar NADI serta kelebihan menjadi ahli NADI. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan murid-murid dan juga para guru di di SK Assam Kumbang, sekaligus memberikan keahlian kepada seluruh warga SK Assam Kumbang Taiping, Perak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali