𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐲𝐚𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 (𝐂𝐨𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐲 𝐄𝐦𝐩𝐨𝐰𝐞𝐫𝐦𝐞𝐧𝐭) 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐋𝐌𝐒

13 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pihak NADI Kampung Boyan dengan Kerjasama KRT Kampung Boyan dan juga NADI di sekitar Taiping (NADI Muzium Telegraf Taiping, NADI Kg Baru Pokok Assam, Pusat Internet PPR Simpang Perdana dan PEDi Changkat Jering) berkolaborasi bersama untuk membuka booth pameran dan juga sesi pocket talk di Program Pendayaupayaan Komuniti anjuran AADK LMS.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan kesedaran kepada komuniti tentang bahaya dadah, jenis-jenis dadah dan pelbagai informasi terkini tentang jenayah yang melibatkan penyalahgunaan dadah. Pihak NADI turut membuat perkongsian tentang Perkhidmatan Pintar yang memberikan manfaat sekiranya komuniti setempat menjadi ahli NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali