Booth NADI sempena Program JIWA @ Komuniti MADANI di Dewan Pokok Assam

14 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pameran Booth NADI sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti Madani Anjuran Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang Dan Selama. 4 NADI sekitar LMS telah terlibat dengan pameran ini iaitu NADI Kampung Boyan, NADI Muzium Telegraf Taiping, NADI Pokok Assam dan Nadi Changkat Jering.

Pelbagai aktiviti menarik di booth NADI :
1. Pendaftaran Ahli NADI
2. Taklimat 5 Perkhidmatan Pintar
3. Mini Puzzle
4. Digital Coloring
5. Pendaftaran mydigital ID

Terima kasih kepada pihak JAPEN LMS kerana menjemput NADI. Tahniah kepada warga Pokok Assam kerana telah menjadi Ahli NADI. 5 perkhidmatan pintar dapat diakses secara percuma kepada semua penduduk sekitar hanya dengan RM5 sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali