Pertandingan Saringan Mobile Legend Bang Bang Peringkat NADI

21 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

NADI Pekan Changkat Jering telah mengadakan Pertandingan Saringan Mobile Legend Bang Bang peringkat NADI yang terdiri daripada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 6 pemain (5 pemain tetap, 1 pemain simpanan). Pemain- pemain adalah pelajar sekolah sekitar Changkat Jering. Setiap pelajar telah mendapat kebenaran ibu bapa untuk menyertai pertandingan ini.

Sebelum pertandingan bermula, ketua kumpulan mencabut undi terlebih dahulu untuk menentukan siapa lawan siapa. Pertandingan adalah secara kalah mati, setiap kumpulan bermain sebanyak 2 pusingan untuk menentukan pemenang. Pemenang akan mewakili NADI Pekan Changkat Jering untuk ke peringkat negeri nanti.

Tahniah kepada peserta kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menang. Akhir sekali adalah sesi bergambar staf NADI serta para pemain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali