Program Rawatan Dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
27 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Rawatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ini diadakan di Perpustakaan Desa Gunung Semanggol. Seramai 30 orang peserta menghadiri program yang dijalankan pada hari tersebut. Wakil PI memberi sedikit ceramah mengenai e-waste dan keusahawanan. Asas-asas keusahawanan telah diberikan kepada mereka bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: