Rekreasi Dan Pelancongan
Bukit Larut
Bukit Larut dahulunya dikenali dengan nama Maxwell Hill sesuai dijadikan lokasi riadah bersama keluarga bagi yang ingin menikmati keindahan tanah tinggi di taiping. Ramai pelancong memilih untuk mendaki Bikit Larut kerana kemudahan jalan tar yang memberi sedikit keselesaan kepada pendakian mereka. Apa yang ada antaranya ialah menara tinjau dan rumah-rumah kolonial yang mengekalkan struktur binaan British di Tanah Melayu dan memberi pengalaman kepada pelancong seperti berada di negara Inggeris. Lokasi riadah anda terletak lebih kurang 25 minit sahaja daripada PI Changkat Jering dan Plaza Tol Changkat Jering.
Taman Tasik Taiping
Anda tidak boleh berkata yang anda telah melawat Taiping tanpa melawat Taman Tasik Taiping. Taman yang dibina di atas lombong bijih timah terbiar ini telah dibuka pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu, seperti yang tercatat di buku-buku sejarah. Pokok besar (“angsana”) membarisi tasik ini; dahannya memanjang dari jalan ke air, yang merupakan latar belakang indah bagi pasangan baru berkahwin mengambil gambar.
Seluas 64 hektar, taman ini memiliki sepuluh tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang mempesonakan, trek untuk berjoging serta refleksologi dan dikelilingi oleh tanaman tropika. Struktur warisan budaya memenuhi kehijauan taman ini, termasuk Old Residency, dahulunya merupakan kediaman Setiausaha kepada Residen, Rumah Raja dan kediaman pegawai tentera. Permandangan menarik melalui lensa kamera anda ini mengambil masa lebih kurang 25 minit sahaja daripada PI Changkat Jering dan Plaza Tol Changkat Jering.
Zoo Taiping
Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 36 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Kawasan perlancongan ini boleh juga dikunjungi pada waktu malam yang hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit sahaja daripada PI Changkat Jering dan Plaza Tol Changkat Jering.
Spritzer Eco Park
Spritzer Bhd. membangunkan taman rekreasi dan perlancongan untuk komuniti setempat secara khususnya. Antara kemudahan yang disediakan adalah Golf Mini dalam mengasah bakat anak-anak kecil dalam sukan golf seta galeri yang memaparkan fakta-fakta mengenai rangkaian produk spritzer. Lokasi ini juga menarik untuk di kunjungi bagi penggemar bidang fotografi. Anda boleh berkunjung ke lokasi menarik ini dengan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja daripada PI Changkat Jering dan Plaza Tol Changkat Jering.
Kolam Air Panas
Kolam Air Panas, Batu 9, Trong 34800, Changkat Jering, Taiping ini seluas 1 ekar merupakan kolam air panas perubatan yang pertama di Taiping. Mula beroperasi pada 2002 ini sesuai untuk dijadikan rawatan kesihatan tubuh badan dan kulit. Tarikan utama kolam air panas ini ialah mandian herba, merendam kaki dan perkhidmatan mandi. Keunikan kolam air panas semulajadi ini ialah ketinggian paras airnya melebihi bumi dan suhunya tetap dan kekal walaupun cuaca sejuk. Lokasi ini mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja daripada PI Changkat Jering dan Plaza Tol Changkat Jering.
Kuala Gula
Kuala Gula merupakan tempat perlancongan yang menarik terutama kepada pemancing. Menikmati keindahan semulajadi yang dihiasa dengan pelbagai jenis yang singgah sebelum meneruskan perjalanan mereka. Lokasi ini juga terkenal dengan menu ketam lembut yang menjadi menu tarikan pada masa kini. Lokasi ini sesuai untuk bersantai bersama keluarga dengan menikmati keindahan alam. Lokasi ini terletak lebih kurang 50 minit sahaja daripada PI Changkat Jering dan Plaza Tol Changkat Jering.