Keusahawanan
Sewaan Van As-safar
Encik Omar Faizul merupakan seorang supervisor di Syarikat Bagaikan Nadi Sdn.Bhd. Beliau turut membuat kerja sambilan dengan menubukan satu syarikat sewaan van yang diberi nama As-Safar Enterprise. Perniagaan ini dimulakan pada 2010 hingga kini. Beliau mempunyai dua buah van baru yang masih dalam keadaan yang baik dan dilengkapi dengan kemudahan Wi-fi.
Bagi mempromosikan perniagaan ini, Encik Omar Faizul telah datang ke PI untuk mendapatkan bantuan bagi menggalakkan lagi strategi pemasaran beliau. Beliau telah memiliki sebuah akaun Facebook yang menjadi medium mempromosikan sewaan van beliau dengan memuatkan status perniagaan.
Bantal Kekabu Asli
Puan Liza memulakan perniaagaan batal kekabu asli pada 29 Mei 2017. Bantal kekabu mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk setempat membuka peluang dan ruang kepadanya untuk memulakan perniagaan sebagai penambahan sumber ekonomi. Oleh kerana produk tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan, Puan Hasnah perlu menambahbaik pengurusan dan kualiti produk beliau. Disebabkan oleh faktor ini, beliau mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari pihak PI.
Selepas menghadirkan diri ke PI beliau telah membuat kertas kerja bagi pinjaman kewangan sebagai usaha penambahbaikan perniagaannya. Melalui pendedahan daripada pihak PI beliau juga mampu mencipta rela bentuk baru bagi bantal kekabunya seperti jersi pasukan bolah sepak Malaysia dan Luar negara, beliau juga mempunyai “neck rest pillow” yang menggunakan kekabu asli
Kuih Sepit
Puan Hasnah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan kuih sepit sejak dari 2004 setelah diajar cara pembuatannya melalui seorang kenalan. Puan Hasnah memulakan perniagaannya dengan menghantar kuih tersebut di kedai-kedai yang berdekatan. Selepas dua tahun, kuih sepit yang dihasilkannya mula mendapat sambutan baik oleh penduduk sekitar dan juga penduduk diluar kawasan tersebut.
Kini, produk yang dihasilkan telah mula dijual ke luar kawasan seperti di daerah kerian, Pulau Pinang dan Ipoh. Oleh kerana produk tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan, Puan Hasnah perlu menambahbaik pengurusan dan kualiti produk beliau. Disebabkan oleh faktor ini, beliau mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari pihak PI.
Kuah Kacang Segera Noraziyah
Puan Noraziyah merupakan seorang usahawan kuah kacang segera yang bertapak di kawasan selama hampir sepuluh tahun. Beliau mengusahakan kuah kacang ini secara kecil-kecilan pada mulanya sehinggalah dia berjaya membeli sebuah mesin yang dapat mempercepatkan proses penghasilan dan turut mempunyai sebuah bengkel bagi tujuan pembuatan. Perniagaan beliau semakin berkembang apabila mendapat banyak tempahan dari luar kawasan.
Beg & Aksesori Wanita Online
Cik Liyana memulakan perniagaannya setelah beberapa kali membantu usahawan di pusat internet untuk meniaga secara online. Beliau menjadi agen dropship untuk menjual aksesori wanita terutamanya bag dan tudung. Sebelum memulakan perniagaan secara online, beliau telah mencuba beberapa perniagaan biasa tetapi pendapatan yang didapati tidak memberangsangkan. Selepas menggunakan pusat internet untuk mendapatkan kemudahan dan nasihat, Cik Liyana berjaya memasarkan produk dengan menggunakan medium Facebook, Instagram dan Shopee.
Usahawan Warung Changkat Jering
Puan Zaiton mengusahakan warung makanan dan minuman sejak tahun 2017 di tepi Jalan Taman Changkat Maju. Beliau mengusahakan warung bersama anaknya pada awal perniagaan dijalankan dan kini beliau mempunyai dua orang pekerja tetap yang membantu urusan-urusan warung. Puan Zaiton ingin mencuba nasib untuk mempromosikan warungnya ke dalam media social untuk lebih diketahui umum tentang kewujudan dan keistimewaan warungnya. Pelanggannya hanya terdiri daripada komuniti sekitar yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama mereka.
Beliau jarang menerima pelanggan dari kawasan luar kerana lokasi yang tidak begitu strategic untuk perniagaan. Puan Zaiton diajar mempromosikan warungnya di Whatsapp dengan mengarang ayat-ayat yang dapat menarik perhatian pelanggan. Kini, beliau sudah memulakan perniagaan di Facebook dengan mencipta halaman perniagaan. Pelanggan warung makin bertambah kerana promosi berkesan yang dijalankan.
Kuih Sepit Peanut & Coklat
Nurul Nadia membantu ibunya memasarkan produk secara atas talian. Perniagaan telah dijalankan sejak 2005 dan hanya dipasarkan dikawasan sekitar. Platform yang digunakan adalah Facebook page, Instagram dan Shopee. Sebelum penggunaan ICT, Kawasan pasaran tidak meluas dan hanya ditumpukan di kawasan sekitar Selama, Taiping dan Kuala Kangsar. Beliau tidak menjalankan sebarang perniagaan atas talian kerana kurang kemahiran. Selepas penggunaan ICTdan penglibatan Pusat Internet, Nadia kini mendapatkan khidmat pembelajaran online yang berterusan daripada pihak pusat internet.
Kek dan Pastri
Puan Maznawati telah menjalankan perniagaan kek dan pastry sejak beberapa tahun lalu. Beliau meluaskan perniagaannya menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Sebelum memulakan perniagaan secara online, beliau hanya mendapat tempahan daripada kenalan dan penduduk sekitar. Kini, beliau berjaya memasarkan produk dengan menggunakan medium Facebook dan juga mendapat tempahan luar daripada kawasan Larut Matang dan Selama.
Zek Zbundle
Zek Zbundle telah diusahakan oleh Encik Mohd Zahir Bin Muhamad Rashid. Beliau merupakan seorang usahawan pusat internet yang mengusahakan perniagaan kasut bundle di kawasan Changkat Jering. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2020 dan meluaskan penjualan kasut bundle di Dataran FMS Taiping. Beliau telah mempelajari pelbagai teknik untuk mempromosikan perniagaannya melalui pusat internet. Antara yang dipelajari ialah cara memperkenalkan perniagaan di media sosial dan mencipta iklan yang menarik. Encik Zahir juga dibimbing untuk menghasilkan promosi secara live di Facebook.
Hafhan Moist Cake
Hafhan Moist Cake telah diusahakan oleh Cik Norhanum binti Hamdan. Beliau merupakan seorang usahawan pusat internet yang mengusahakan perniagaan membuat kek coklat moist. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 bersama kakaknya Norhaniss bt Hamdan. Beliau menghasilkan kek yang bersize 10 inci, 6 inci dan mini box dengan pelbagai jenis perisa dan topping seperti coklat cheese, coklat cheese oreo, coklat moist, pandan cheese, red velvet cheese, blueberry cheese dan manggo cheese. Beliau juga menghasilkan kek bertemakan watak kartun. Pusat internet menjadi tempat pembelajaran ICT bagi usahawan. Antara yang dipelajari oleh beliau ialah cara memperkenalkan perniagaan di media sosial dan mencipta iklan yang menarik. Cik Norhanum dibimbing untuk mengiklankan produk beliau dengan lebih meluas.
Lan Nasi Kerabu
Lan Nasi Kerabu telah diusahakan oleh Encik Muhammad Azlan bin Aziz Bersama isterinya. Muhamad Azilan Aziz merupakan seorang usahawan pusat internet yang mengusahakan gerai makanan di kawasan Changkat Jering. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 bersama isterinya dengan menjual makanan pantai timur seperti nasi kerabu, laksam, mee celup dan sebagainya. Encik Azilan telah mempelajari pelbagai cara untuk mempromosikan perniagaan nasi kerabu melalui media sosial. Beliau juga telah didedahkan dengan teknik pengambilan dan penghasilan video untuk memperkenalkan lagi perniagaannya kepada umum.
Salwa Kitchen
Salwa Kitchen telah diusahakan oleh Puan Normiza Salwa. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 dengan mengambil tempahan makanan di rumah. Beliau menghasilkan pelbagai jenis makanan terutama makanan barat. Selain mengambil tempahan makanan di seluruh daerah Taiping, beliau juga turut mempromosikan perniagaannya di Kuala Kangsar. Pusat Internet telah membantu beliau di dalam mempromosikan perniagaannya di laman sosial.
Larut Hillview Kabin (LHK)
En. Afifi Bin Abu Bakar merupakan seorang pengurus Larut Hillview Kabin (LHK) iaitu tempat percutian yang berkonsepkan kabin. Beliau telah bermula mengusakan LHK pada awal tahun 2022 dan dibuka untuk kedatangan pengunjung, dalam pada masa yang sama LHK juga sedang dinaik taraf untuk menarik lebih ramai pengunjung di masa akan datang. Menurut En. Hafifi, walaupun LHK baru beroperasi ternyata sambutan yang diterima sangat memberansangkan. Untuk makluman semua, tapak tanah LHK ini adalah kepunyaan bapa En. Hafifi. Beliau menceritakan bahawa tercetusnya idea untuk membuat tempat percutian berkonsepkan kabin seperti ini adalah di mana pada permulaan cadangan bapanya untuk ladang kelapa sawit.
Akan tetapi, apabila tanah yang ditarah untuk diratakan ternyata mengalami masalah oleh kerana terdapat bongkahan batu-batu yang sangat besar di mana kawasan itu ternyata tidak sesuai dan turut menyukarkan pihak beliau untuk meneruskannya. Seterusnya, pihak En. Hafifi memulakan dengan menanam pokok durian pula kerana minat bapa beliau terhadap buah durian. Melalui kenalan dan ada diantaranya berbangsa cina yang turut berkebun di kawan terdekat, mereka memberi pandangan serta mencadangkan untuk pihak En. Hafifi mengusakan sesuatu di tempat tersebut kerana berpontensi tinggi oleh kerana mempunyai pemandangan yang sangat cantik serta mempunyai kolam tadahan mata air dari bukit. Bermula dari dari situlah pihak En. Hafifi memulakan ideanya untuk menghasilkan LHK selama dua tahun sebelum ini, dan pada tahun 2022 kini LHK secara rasminya telah beroperasi dan dibuka sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai. Oleh itu, pihak PEDi Changkat Jering telah membantu En. Hafifi untuk mengiklankan tempat beliau di lama sosial serta video pendek di dalam Youtube untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai tempat beliau.
Sesi Temuramah Bersama Ikon Usahawan Bumiputera PEDi Changkat Jering
Tarikh: 4 April 2022
Sesi temuramah bersama Ikon Usahawan iaitu En. Amirul Hisyam.
En. Amirul merupakan seorang usahawan bumiputera Changkat Jering yang mempunyai produk keluarannya sendiri berasaskan durian belanda di bawah EDARAN AMIRUL MUKMININ RESOURCES. Diantara produk yang dihasilkannya ialah Jus Durian Belanda, Pati Durian Belanda, Teh Daun Durian Belanda, Minyak Urut Durian Belanda Dan Juga Balm Durian Belanda.
Sesi temuramah bersama Ikon Usahawan iaitu En. Amirul Hisyam.
En. Amirul merupakan seorang usahawan bumiputera Changkat Jering yang mempunyai produk keluarannya sendiri berasaskan durian belanda di bawah EDARAN AMIRUL MUKMININ RESOURCES. Diantara produk yang dihasilkannya ialah Jus Durian Belanda, Pati Durian Belanda, Teh Daun Durian Belanda, Minyak Urut Durian Belanda Dan Juga Balm Durian Belanda.
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi atau terus beli secara atas talian:
Call/Whatsapp: 0173741217
Facebook: https://www.facebook.com/amirul.hisyam.5059
Shopee: https://shopee.com.my/amirulhisyam20?smtt=0.0.9
Alamat: No 2a, Lot 5383, Kg Sungai Petai Luar, Jalan Changkat Ibol, Changkat Jering, Taiping, Perak. <a href=" https://www.google.com/maps/place//data=!4m2!3m1!1s0x31cab1c490c24871:0xd32a4e93ed4e1c68?source=g.page.share " target="_blank"> https://g.page/Jus-Durian-Belanda-Dafna?share </a>
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi atau terus beli secara atas talian:
Call/Whatsapp: 0173741217
Facebook: https://www.facebook.com/amirul.hisyam.5059
Shopee: https://shopee.com.my/amirulhisyam20?smtt=0.0.9
Alamat: No 2a, Lot 5383, Kg Sungai Petai Luar, Jalan Changkat Ibol, Changkat Jering, Taiping, Perak. https://g.page/Jus-Durian-Belanda-Dafna?share
Sesi Temuramah Bersama Ikon Usahawan Bumiputera PEDi Changkat Jering
Sesi temuramah bersama Ikon Usahawan iaitu Pn. Noor Azilah Binti Mat Saad
Pn. Azie merupakan seorang ikon usahawan bumiputera Changkat Jering yang berniaga berasaskan pakaian di bawah perniagaan Azie Natasha Collection. Diantara produk yang dijual ialah telekung, tudung serta pakaian wanita dan kanak-kanak.
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi atau terus beli secara atas talian:
- Call/Whatsapp: 010-5662305
- Facebook: Azie Natasha Collection
- Shopee: Koleksi Azie Natasha Yang Cantik
- Alamat: Gerai PLB Sungai Tinggi, 34800 Trong, Perak.
Aktiviti: Sesi Temuramah Bersama Usahawan Bumiputera PEDi Changkat Jering
Sesi temuramah bersama Usahawan iaitu Pn. Hajah Zakiah Bin Haji Hussien
Pn. Zakiah atau mesra dikenali denmgan panggilan Maksu, merupakan seorang usahawan bumiputera Changkat Jering yang berniaga di Changkat Jering. Perniagaan beliau berasaskan Kelengkapan Barangan Haji & Umrah. Diantara produk yang dijual oleh Maksu ialah pakaian Muslim & Muslimah, kelengkapan umrah & haji, wangian serta makanan sunnah.
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi atau terus beli secara atas talian:
Call/Whatsapp: 019-578 9871
Instagram: MAKSU.ZAKIAH
Facebook: Zakiah Hj Hussien
Tiktok: pakaianumrah
Alamat: (KELENGKAPAN BARANGAN HAJI & UMRAH) No.9 Kawasan Perniagaan Changkat Jering, 34850 Taiping, Perak.