Kisah Kejayaan
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Encik Jemain
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Encik Jemain, telah mendaftar sebagai ahli di PI pada 23 Disember 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas computer dan pengenalan internet. Beliau juga merecipta logo produk, kad nama dan flyers untuk memberi maklumat kepada pengguna produk beliau.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama tiga bulan, beliau kini yakin untuk memiliki dan menggunakan komputer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan beliau melaksanakan urus niaga dari rumah. Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga. Beliau hanaya meluangkan masa di PI dalam mencari ilmu tambahan dan bertukar pendapat untuk mengendalikan perniagaan on-line.
Beliau kini telah meluaskan rangkaian perniagaannya sehingga selatan melalui aplikasi facebook dan whatsapp.
Homemade Cactus Deco
Merupakan seorang anak muda yang mempunyai pekerjaan tetap sebagai Penolong Akauntan di sebuah kilang di Taiping. Minat dalam berniaga serta dekorasi dalaman membuatkan beliau tertarik untuk menghasilkan “Homemade Cactus Deco”. Beliau hanya memasarkan kepada rakan sekerja sahaja pada mulanya.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama tiga bulan, kini beliau mempunyai facebook page sendiri dalam usaha memperluaskan lagi perniagaannya, melalui facebook page ini para pelanggan boleh membeli atas talian.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI
Mohd Aidit Fikri
Mohd Aidit Fikri Bin Nor Azaha merupakan pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering. Mula mengenali perkembangan ICT sejak menjadi ahli di Pusat Internet 1 Malaysia Changkat Jering. Aidit rajin menghadirkan diri ke latihan yang diadakan pada hujung minggu di PI. Aidit menggunakan perkhidmatan PI sebagai medium pembelajaran agar berdiri seiring dengan kemajuan teknologi. Oleh kerana aidit merupakan seorang pelajar yang fokus dan dedikasi dia sering membantu rakan-rakan yang lain menyiapkan tugasan mereka. Contohnya kerja kursus subjek pelajaran di sekolah. Dengan usaha yang gigih kini aidit mampu menggunakan perisian Microsoft Office dengan baik
Nurul Hidayah
Seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Agama Addiniah, Jelutong dan anak kelahiran Kg. Changkat Jering. Mula mengenali perkembangan ICT sejak menjadi ahli di Pusat Internet 1 Malaysia Changkat Jering. Hidayah menjadi ahli PI pada awal 2017 dan akan mengunjungi PI apabila dia dan kumpulan diberi tugasan yang mengharuskan mereka menggunakan komputer.
Selain menggunakan Microsoft Word dan Excel untuk melaksanakan tugasan sekolah, Hidayah juga berminat untuk mengikuti kelas yang disediakan oleh PI. Pencapaiannya yang terbaik adalah mengikuti kelas penghasilan video bagi kemerdekaan negara. Hidayah dan rakan-rakan mula merangka storyboard dan seterusnya merakam lakonan mereka. Hidayah antara ahli yang terpilih untuk menjadi salah seorang yang menghasilkan video menggunakan Windows Movie Maker. Di atas bimbingan pihak PI, beliau berjaya menghasilkan video yang baik. Setelah video dihasilkan, Hidayah juga diajar cara untuk memuatnaik video tersebut ke laman Youtube.
Alif Haqimie Bin Razali
Alif Haqimie Bin Razali merupakan ahli aktif PI1M sejak 2017. Alif sering menghadirkan diri ke latihan ICT yang dianjurkan oleh pihak pusat internet. Sebelum sesi pembelajaran di Pusat Internet dijalankan, Alif tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam ICT dan hal itu menyukarkan beliau untuk menggunakan perisian Microsoft Office untuk membuat kerja kursus sekolahnya. Alif hadir ke pusat internet untuk untuk mendapatkan bantuan dalam melakukan kerjanya dan setelah dapat menguasaai beberapa aplikasi di dalam komputer Alif dapat membantu rakan-rakan yang lain.
Encik Ahmad Omar Faizul
Encik Ahmad Omar Faizul merupakan ahli aktif PI1M sejak 2017. Encik Faizul aktif di pusat internet sebagai usahawan pada awalnya. Oleh kerana kerajinan beliau, beliau sering hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari perisian ICT daripada staff pusat internet untuk memudahkan beliau membuat urusan perniagaan dari segi rekod jualan dan sebagainya.
Sebelum sesi pembelajaran di Pusat Internet dijalankan, Encik Faizul tidak mempunyai pengetahuan yang banyak dalam bidang ICT dan menyukarkannya membuat kerja berkaitan yang memerlukan perisian komputer, Setelah seringkali mendapat khidmat bantuan dari pusat internet Encik Faizul kini lebih cekap untuk menggunakan Microsoft Office untuk melakukan kerjanya.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Nur Damia Wardina
Nur Damia merupakan ahli pusat internet sejak 2017. Beliau sering mengajak rakan-rakan yang lain untuk belajar di pusat internet bagi mengukuhkan kemahiran ICT mereka. Sebelum menghadiri kelas ICT yang dianjurkan, Damia memerlukan perhatian daripada staff pusat internet ketika melakukan kerja kursusnya. Pihak pusat internet mencadangkan agar dia hadir ke kelas ICT yang dijalankan pada setiap minggu dan hasilnya Damia semakin mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk menyiapkan kerja kursus sekolah.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Athirah Syafiqah
Athirah Syafiqah merupakan ahli pusat internet pada awal tahun 2018. Beliau sering menggunakan pusat internet sebagai tempat dia melakukan kerja kursus sekolah yang memerlukan dia menggunakan ICT. Oleh yang demikian, dia sering meminta bantuan dari staf untuk menyiapkan kerja tersebut sehingga ditawarkan untuk menyertai kelas ICT. Sebelum menghadiri kelas ICT yang dianjurkan, Athirah tidak cekap dalam penggunaan Ms. Office kerana kurang pendedahan. Namun selepas mengabiskan modul Bengkel Microsoft, dia semakin mahir menggunakan komputer.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Muhamad Hakimi Zulkifi
Muhamad Hakimi merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering. Beliau sering hadir ke pusat internet untuk menyiapkan kerja kursus sekolah terutamanya yang melibatkan penggunaan ICT. Beliau sering meminta bantuan daripada staf pusat internet bagi menyiapkan tugasannya. Setelah mendapat beberapa latihan daripada pusat internet, Hakimi menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan perisiannya.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Fara Farisha Bt Azhar
Fara pelajar di SMK Tengku Menteri yang berumur 13 tahun. Selepas Menduduki UPSR pada tahun lalu Athirah kini melangkah ke tingkatan satu. Persekitaran pembelajaran dan teknik yang berbeza mendesaknya untuk mempelajari ilmu ICT. Beliau telah menghadiri pelbagai kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Changkat Jering terutama dalam perisian MIcrosoft Office Word dan Powerpoint yang banyk digunakan di sekolah. Fara semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint dan kemahiran tersebut memberi kelebihan kepadanya dalam pembelajaran.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Ahmad Syukri bin Ishak
Ahmad Syukri merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering. Beliau sering hadir ke pusat internet untuk menyiapkan kerja kursus sekolah terutamanya yang melibatkan penggunaan ICT. Beliau sering meminta bantuan daripada staf pusat internet bagi membantu menyiapkan tugasannya. Sebelum sesi pembelajaran di Pusat Internet dijalankan, Syukri tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam ICT dan hal itu menyukarkan beliau untuk menggunakan perisian Microsoft Office untuk membuat kerja kursus sekolahnya. Setelah mendapat beberapa latihan daripada pusat internet, Syukri menjadi semakin mahir menggunakan komputer.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Mohd Irfad bin Mohd Shah
Mohd Irfad merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering. Beliau telah hadir ke pusat internet untuk menyiapkan kerja kursus sekolah yang telah diberikan oleh guru. Beliau sering meminta bantuan daripada staf pusat internet bagi menyiapkan tugasannya. Pusat internet memberi latihan Microsoft Office Word, Excel dan Power Point kepada Mohd Irfad. Bimbingan dari pusat internet untuk menggunakan Microsoft menjadikan Mohd Irfad lebih baik dan cekap.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Siti Noor Syazana Binti Ahmad Sukri
Siti Noor Syazana merupakan seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering. Syazana gemar mengunjungi pusat internet untuk menyiapkan pelbagai jenis tugasan yang diberikan oleh guru. Terdapat beberapa Latihan yang telah diikuti oleh Syazana di pusat internet. Antaranya adalah Latihan menggunakan Microsoft PowerPoint. Syazana kini lebih cekap di dalam menyiapkan tugasan dengan bimbingan staf pusat internet.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Nur Dahlia bt Arsad
Nur Dahlia bt Arsad merupakan seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering. Beliau merupakan ahli pusat internet yang telah mendaftar untuk memastikan beliau sentiasa mendapat Latihan di sini. Dahlia merupakan seorang pelajar yang digemari oleh guru kerana sentiasa memastikan tugasan yang diberikan siap dengan cepat. Oleh itu, beliau gemar ke pusat internet untuk memdapat bimbingan dari staf. Dengan kecekapan Dahlia dalam mempelajari sesuatu yang baru, beliau berjaya menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI - Muhammad Ariff Bin Ramli
Muhammad Ariff Bin Ramli merupakan seorang pelajar sekolah. Beliau hadir ke pusat internet untuk meminta tunjuk ajar dari kakitangan pusat internet dalam mempelajari asas penggunaan Microsoft Word. Dalam masa yang sama, tujuan Muhammad Ariff juga untuk membuat tugasan individu yang telah diberikan oleh gurunya. Muhammad Ariff telah mempelajari asas bagi penggunaan Microsoft Word dengan betul dan berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh gurunya.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI - Norsuhaini Binti Talib
Membantu usahawan dari komuniti dengan mengiklankan iklan perkhidmatannya di dalam laman web Penjana Preneur yang disediakan oleh kerajaan. Kakitangan membantu beliau yang kurang mahir dengan penggunaan laman web dengan menunjukkan langkah-langkah serta maklumat penting yang diperlukan untuk mengisi maklumat pengiklanan. Kakitangan pusat internet membantu di dalam memberi tunjuk ajar memuatnaik gambar yang bersesuaian bagi menarik minat bakal pelanggan. Secara tidak lansung, ia dapat membantu usahawan dalam menjana dalam pertambahan pendapatan harian beliau.
Celik IT Zainab Binti Abd Wahab
Program : Pengenalan & Pembelajaran Asas Microsoft Excel
Tarikh : 19 Julai 2022
Hari : Selasa
Pn. Zainab merupakan seorang guru sekolah. Beliau hadir ke PEDi untuk meminta tunjuk ajar dari kakitangan PEDi dalam mempelajari asas penggunaan Microsoft Excel. Dalam masa yang sama, tujuan Pn. Zainab juga untuk membuat tugasan yang telah diberikan. PN. Zainab hanya tahu mengenai M. Word sahaja, jadi melalui pembelajaran ini akhirnya beliau telah mempelajari asas bagi penggunaan Microsoft Excel dengan betul dan berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan
Celik IT Rabiatul Adawiyah Binti Ahamad Khairul Amry
Program : Pengenalan & Pembelajaran Asas Microsoft Excel
Tarikh : 6 September 2022
Hari : Selasa
Adik Rabiatul merupakan seorang pelajar sekolah. Beliau hadir ke PEDi untuk meminta tunjuk ajar dari kakitangan PEDi dalam mempelajari asas penggunaan Microsoft Excel. Dalam masa yang sama, tujuan adik Rabiatul juga untuk membuat tugasan yang telah diberikan oleh guru beliau. Melalui pembelajaran ini akhirnya beliau telah mempelajari asas bagi penggunaan Microsoft Excel dan berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Celik IT Siti Haizum Binti Mohd Zaini
Program : Pengenalan & Pembelajaran Asas Microsoft Word
Tarikh : 19 September 2022
Hari : Isnin
Pn. Haizum telah hadir ke PEDi untuk mempelajari asas penggunaan Microsoft Word. Melalui pembelajaran ini, beliau telah mempelajari asas bagi penggunaan Microsoft Word dengan mempelajari setiap fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word. Di akhir pembelajaran, Pn. Haizum telah menghasilkan surat rasmi sebagai tugasan pembelajaran pada hari itu.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PEDi Changkat Jering - Puan Aminah Razali
Puan Aminah Razali merupakan salah seorang usahawan PEDi Changkat Jering. Sebelum ini beliau telah mendapatkan bimbingan daripada pihak PEDi untuk mempelajari cara dan step memohon bantuan Geran Usahawan Negeri Perak. Pada sesi kali ini, beliau telah hadir untuk mempelajari cara menghantar dokumen-dokumen pula dengan menggunakan Gmail. Ini merupakan kali pertama beliau mempelajari menggunakan Gmail. Pihak PEDi telah mengajar Puan Aminah tentang cara-cara penggunan serta prosedur yang perlu dibuat untuk menghantar dokumen secara atas talian. Dengan usaha yang gigih kini beliau telah faham dan mampu menggunakan Gmail untuk melakukan urusan seterusnya dengan baik.
CELIK IT : Penggunaan Talifon dalam Bahasa Malaysia
En. Tan Cheng Wai merupakan salah seorang ahli PEDi Changkat Jering berbangsa Cina. Beliau kerap kali datang ke PEDi untuk mengikuti kelas serta mendapatkan bimbingan daripada pihak PEDi. Kali ini, Encik Tan Cheng Wai telah mempelajari cara penggunaan talifon baru milik beliau dalam bahasa Melayu. Ini kerana, setiap kali beliau datang ke PEDi ingin melakukan urusan dan pertanyaan, terdapat sedikit kekangan oleh kerana paparan yang ditunjukkan oleh beliau dalam Bahasa Cina.
Oleh itu, pihak PEDi telah membantu beliau untuk menangani masalah tersebut dengan mengajar cara penggunaan talifon dalam Bahasa Malayu pula. Akhirnya En. Tan Cheng Wai sudah faham dan mampu menggunakan talifon milik beliau seperti biasa setelah sesi penerangan dibuat.