Rekacipta Kad Ucapan Tahun Baru 2017 Dan Belajar Tulisan Jawi Menggunakan Perisian Microsoft Word
01 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Changkat Jering telah mengadakan latihan menggunakan perisian Microsoftword dalam merekacipta kad ucapan sempena tahun baru 2017. Peserta begitu teruja dalam mengekspresikan azam tahun baru.
Pada sesi seterusnya para peserta didedahkan dengan perisian JAWI di dalam Microsoftword dengan menggunakan simbol tulisan Arab. Perisian yang jarang sekali digunakan ini menarik minat peserta untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh fasilitator.
Para peserta juga diberi taklimat Advokasi dengan menfokuskan kepada modul ‘’Cyber Grooming”. Ini adalah satu usaha dalam membantu generasi muda terutama kanak-kanak agar lebih berwaspada dalam menggunakan media sosial agar mereka tidak menjadi mangsa kekejaman manusia terutama dalam pemerdangan manusia yang sering kali digembar gemburkan di negara kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: