Taklimat Pengenalan PI Bersama PKG Trong
11 April 2018 | Aktiviti TerkiniTaklimat ini berlangsung selama dua jam di Pusat Kegiatan Guru, SK Toh Johan, Trong. Matlamat penyampaian taklimat ini adalah untuk memperkenalkan fungsi PI kepada guru-guru sekolah di sekitar kawasan pentadbiran PKG Trong. Disamping memperkenalkan kewujudan PI, guru-guru tersebut turut ditawarkan dengan senarai kelas ICT yang dianjurkan oleh PI pada bulan Mei hingga Julai. Para guru tersebut boleh menghantar pelajar mereka ke PI untuk menyertai kelas-kelas tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: