PROGRAM E-USAHAWAN SHOPEE (JELAJAH BSKM PARLIMEN BUKIT GANTANG)

14 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet bersama MCMC menganjurkan program e-usahawan Shopee yang dihadiri seramai 18 orang usahawan di sekitar daerah Larut Matang & Selama. Mereka dibimbing untuk memulakan perniagaan menggunakan platform Shopee bagi meningkatkan pasaran produk. Program dirasmikan oleh YB Khairul Shahri, Ahli Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia diiringi oleh YB Ahmad Saidi, ADUN Changkat Jering merangkap Ahli Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali