Sembang Santai PIK Dengan Kerjasama PIK Pekan Kubu Gajah dan Panel Jemputan Encik Ikhwan – Cara Menangani Stress Berkerja Dari Rumah

24 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Changkat Jering telah mengadakan kerjasama dengan PIK Pekan Kubu Gajah dalam melaksanakan Program Sembang Santai Bersama PIK menggunakan platform sosial media Facebook Live. Topik kali ini adalah mengenai cara untuk menangani stress bekerja dari rumah. Panel jemputan yang berkongsi untuk mengupas lebih lanjut mengenai topik ini adalah Encik Mohamad Khairul Ikhwan Bin Mohamad Saufi yang merupakan Eksekutif E-Dagang (E-Commerce Executive, Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec). Pelbagai pandangan dan pengalaman telah dikongsi oleh penonton-penonton sembang santai pada hari tersebut. Slot cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali