Kelas Digital Marketing Asas Shopee bagi Usahawan

2 November 2022 | Aktiviti Terkini

Staff PEDi Changkat Jering telah mengadakan kelas Asas Shopee kepada usahawan baru dan serta Rakan Digital bagi mempelajari cara untuk menjalankan perniagaan secara atas talian dengan tujuan menarik lebih ramai pelanggan serta menambah pendapatan sediada.

Staff PEDi Changkat Jering telah memberi tunjuk ajar dalam cara untuk menyediakan kedai di Shopee, memasukkan dan memasarkan produk serta cara menggunakan platform Shopee. Para peserta juga mempelajari kriteria-kriteria penjual pilihan bagi menambah baik prestasi kedai shopee mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali