Kelas Microsoft M. Word (Membuat Surat)
14 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13.02.2022 Pn. Zaiton yang merupakan ahli PEDi Changkat Jering telah datang ke PEDi untuk belajar membuat surat menggunakan Microsoft Word. Beliau ingin membuat surat akan tetapi beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word.
Oleh itu, staff PEDi telah membantu beliau untuk membuat surat yang diperlukan dengan menerangkan fungsi-fungsi butang pilihan, format surat serta cara mengisi butiran semasa menulis surat. Pembelajaran berjalan selama dua jam dan Pn. Zaiton akhirnya telah berjaya menghasilkan surat yang diperlukan disamping mendapat pengetahuan mengenai Ms. Word untuk digunakan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: