Kursus Latihan Pengendali Makanan

24 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2021 ahli PEDi Changkat Jering seramai 4 orang iaitu Puan Rohani Binti Ramzuan, Cik Nurul Aishah Bt Zainon, Puan Junaidah bt Zainon dan Adik Muhammad Khairul Ikhwan B. Mohd Zaini telah mengikuti Latihan Pengendali Makanan selama 3 jam secara online. Kursus Latihan Pengendali Makanan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus diajar secara atas talian menggunakan Google Meet. Encik Faiz merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf Kesihatan Malaysia untuk kursus Latihan Pengendali Makanan dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan oleh KKM. Kursus latihan ini juga turut dihadiri oleh pegawai pemantau daripada KKM sepanjang kursus dijalankan.

PEDi Changkat Jering telah menjadi tempat untuk peserta menghadiri kursus secara atas talian. Sewaktu kursus dijalankan, LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan. Secara tidak langsung, kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan. Proses pengiktirafan yang melibatkan sesebuah institusi atau organisasi bagi membolehkan kursus LPM dijalankan terhadap pengendali makanan. Melalui kursus latihan ini, sijil yang diterima sah sehingga seumur hidup.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali