Program Pemerkasaan Transformasi Pusat Ekonomi Digital (Pedi) Negeri Perak
24 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniProgram anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Negeri Perak (SKMM) dan pejabat BSKM ini berlangsung dari 22 Mac hingga 23 Mac melibatkan 71 pengurus PEDi di seluruh negeri Perak, manakala penolong pengurus secara atas talian.
Kerjasama diusahakan bagi membantu PKS sedia ada dan usahawan baru (melahirkan usahawan). Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai sesi taklimat dan libat urus telah diadakan yang mana mengkhususkan kepada perkembangan pendigitalan usahawan luar bandar, meningkatkan kemahiran digital dalam aspek pemasaran digital dan menjadikan PEDi sebagai Pusat Sehenti Transformasi Digital kepada masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar bagi memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: