Pendaftaran MySejahtera (Warga Emas)
8 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniEn. Shahmi b. Ahmad merupakan salah seorang ahli PEDi dan warga emas yang sering datang ke PEDi Changkat Jering untuk membuat pelbagai urusan hariannya. Pada hari ini En. Shahmi telah datang ke PEDi untuk meminta tunjuk ajar dari staff PEDi tentang cara untuk mendaftar MySejahtera serta cara penggunaannya berikutan beliau baru membeli telefon pintar.
Proses pendaftaran MySejahtera beliau agak mengambil masa, ini kerana disebabkan faktor usia beliau yang gigih untuk belajar serta menaip sendiri butir-butir peribadi yang dipinta. Sifat En. Shahmi patut dijadikan contoh, ini kerana bagi beliau faktor umur bukan penghalang untuk beliau belajar sesuatu yang baru.
Akhirnya En. Shahmi telah berjaya menggunakan MySejahtera beliau untuk digunakan sebagai urusan harian dan tidak lagi secara manual.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: