Bimbingan Mencipta Tentatif Program Ihya’ Ramadhan
8 April 2023 | Aktiviti TerkiniPuan Hazirah Bt Hasbolah merupakan salah seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar. Pada 7 April 2023 beliau telah datang ke PEDi Changkat Jering bagi mendapatkan bimbingan secara personal untuk mencipta tentatif program Ihya’ Ramadhan kepada murid-murid sekolah beliau.
Pihak PEDi telah membimbing beliau untuk mencipta tentatif program dengan menggunakan aplikasi ‘Anyflip’ untuk mendapatkan hasil yang menarik bagi rujukan para guru dan murid-murid nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: