Bimbingan Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

PEDi Changkat Jering telah didatangi oleh dua pasangan warga emas yang ingin mendapatkan bimbingan cara permohonan kebenaran berkahwin online. Kakitangan PEDi telah membantu mereka dalam membuat pendaftaran permohonan kebenaran berkahwin secara online melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Pengalaman yang ada pada staff PEDi sedikit sebanyak dapat membantu pasangan warga emas di dalam mengisi borang tersebut. Pihak PEDi juga telah memberi bimbingan mengenai beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk membuat ujian HIV di klinik berhampiran serta mendapatkan beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses pernikahan berjalan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali